Jodoh itu rahasia Allah
. Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah
yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.


Namun itu tidak bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kuderat yang telah Allah
kurniakan memandu kita dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakkal kepada Allah
kerana sesungguhnya kita sebagai makhluk hanya mampu merancang dan hanya Allah
yang menentukan pengakhirannya.



Bukan Allah
tidak tahu kesungguhan kita bangun di tengah malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah
tidak tahu bertapa perit dan derita yang kita tanggung. Bukan Allah
tidak tahu bertapa bersungguhnya kita berusaha mencari yang terbaik.



Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui. Yakinlah bahawa Allah
tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah
telah menguji kita dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.



Hanya Allah
yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah
kerana sesungguhnya hanya Allah
yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah
. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.




Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Jangan sesekali berputus harap di atas rahmat Allah
. Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah
itu benar.


Wallahualam......:)
No comments:
Post a Comment