....jom baca nie.....
Kisah Pisang Dan Hati (Sila baca apabila kebencian selalu bertakhta di hati)
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.
Note :
Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati
senyum..xperlu kata apa2.......
KENAPA KITA SENYUM
Ramai yang kata senyum itu manis dan ianya satu sedekah. Mulakan hari dengan senyum dan akhirnya dengan senyuman juga..dengan tersenyum kita mampu;-
a) Merasa bahagia - melemparkan senyuman pada orang lain bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Bila kita tersenyum pada orang lain dan mereka membalas itu mencerminkan bahawa senyuman mampu menjadi tarikan tubuh dan membuat kita bahagia.
b) Senyuman Mampu Menghilangkan Stress - bila kita tekanan, otot-otot rahang kita terasa kaku dan boleh menyebabkan sakit kepala. Tapi dengan tersenyum stress boleh berkurang kerana ianya mampu membantu mengurangkan garis kerutan di dahi.
c) Menurunkan Tekanan Darah - Tersenyum mampu menghilangkan tekanan fikiran dan membantu menurunkan tekanan darah. Duduk dan menikmati pemandangan serta melakukan sesuatu yang santai dan tersenyumlah selama 5 minit dan anda akan melihat perbezaannya.
d) Senyum Buat Kita Lagi Muda - bila kita tersenyum kita mampu mengurangkan garis garis halus di wajah kita tak perlu mengunakan produk mahal untuk nampak lagi muda.
Senyumlah wahai teman teman ku tak kira apa pun yang kita hadapi kerana dengan senyum kita mampu kembali ceria.....DAN SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH!!

:)
No comments:
Post a Comment